fbpx

466 individu ditahan ingkar arahan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 466 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut seramai 463 telah dikenakan kompaun manakala dua lagi telah direman dan satu lagi dijamin.

“Sebanyak 41,118 pemeriksaan telah dibuat oleh Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh PDRM semalam mendapati antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (187), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (110), tidak memakai pelitup muka (90), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (62) dan lain-lain (17).

“Sebanyak 2,452 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 10,513 anggota telah membuat pemantauan di 3,176 pasar raya, 4,073 restoran serta 1,299 penjaja, 1,065 kilang, 3,074 bank dan 434 pejabat kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Ismail Sabri memaklumkan, Operasi Benteng semalam turut berjaya menahan 24 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas enam buah kenderaan berat.

“Sebanyak 109 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid-19.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI