fbpx

Harimau Malaya mula rancang persiapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara akan kembali menjalani latihan pusat bermula 15 Januari ini sebagai persiapan untuk menghadapi aksi yang dijangka berlangsung Mac depan.

KEPUTUSAN pihak kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hingga ke 31 Mac depan dijangka tidak memberikan masalah buat persiapan yang bakal dilakukan oleh skuad Harimau Malaya.

Sebagai rekod, pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu bakal mengadakan kem latihan pusat buat pertama kali sejak November 2018 yang dijangka bakal dilakukan bermula 15 hingga 26 Januari ini sebagai persiapan bagi mengharungi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Stuart Ramalingam berkata, lanjutan PKPP yang dibuat itu tidak memberi masalah memandangkan pihaknya telah merangka pelan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Perancangan yang telah dilakukan akan tetap berjalan seperti biasa dan lanjutan PKPP tidak memberikan sebarang masalah buat skuad Harimau Malaya. Kami akan mengikut setiap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Malaya ketika ini menduduki tangga kedua Kumpulan G saingan kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022 dan dijadualkan bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam pada Mac ini.

Sementara itu, Cheng Hoe mengesahkan bakal memanggil sekurang-kurangnya 26 pemain bagi mengharungi kem latihan pusat nanti dengan harapan semua pemain dapat memberikan komitmen penuh dalam memastikan pasukan kembali mendapatkan momentum.

“Saya pasti barisan pemain sangat teruja untuk kembali dikumpulkan bersama dalam kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selepas lebih setahun berpisah susulan pandemik Covid-19 yang me­nundakan keseluruhan aksi antarabangsa.

“Buat masa ini, saya hanya boleh dedahkan sekurang-kurangnya 26 pemain akan mengikuti sesi latihan tersebut dengan kombinasi pemain senior dan pemain-pemain muda berpotensi negara,” katanya.

Difahamkan, antara nama yang mungkin mendapat panggilan pertama skuad kebangsaan pada kali ini adalah pemain tengah naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dan pemain muda meningkat naik daripada Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadan Saifullah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI