fbpx

Banjir luar biasa – Bandar Maran tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANDAR Maran ditenggelami air susulan hujan lebat yang menyebabkan limpahan Sungai Maran di Maran, Pahang.

ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

MARAN – Keadaan banjir di daerah ini semakin bertambah buruk apabila hampir keseluruhan bandar Maran turut ditenggelami air.

Malah dalam kejadian ini menyaksikan air naik dengan deras menyebabkan premis-premis perniagaan di bandar itu mula ditenggelami air kira-kira pukul 4 pagi.

Seorang penduduk, Zafril Nasir, 40, berkata, banjir yang berlaku di bandar Maran berlaku begitu cepat sekali akibat limpahan air Sungai Maran.

“Banjir kali ini amat luar biasa sekali kerana air naik begitu cepat sekali yang mana pada pukul 3 pagi air Sungai mula naik sebelum melimpah ke bandar pada kira-kira pukul 4 pagi.

“Selain banjir besar pada 2014, bandar Maran tidak pernah dinaiki air dan ini amat mengejukan,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya banyak laluan ke bandar Maran turut terputus menyebabkan penduduk termasuk dari Jengka tidak dapat ke bandar itu.

Katanya, pada masa ini cuaca masih hujan dan air masih menunjukkan trend menaik.

Sementara itu, Ketua Angkatan Pertahanan Awam (APM) Maran, Nurul Ashikin Mohd Anuar berkata, sehingga kini jumlah mangsa banjir yang direkodkan di daerah ini ialah sebanyak 162 orang.

Katanya, kawasan yang terlibat banjir ialah Kampung Jara, Taman Sri Chedong, Kampung Paya Chedong dan Kampung Berkat.

“Seramai 44 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Jara manakala 118 mangsa daripada 37 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI