fbpx

Projek HSR perlu diteruskan walau tanpa stesen di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri berharap projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) dapat diteruskan walaupun tidak melibatkan stesen di Singapura dalam perancangan baharu.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pelaksanaan projek berkenaan perlu diteruskan kerana memberi manfaat besar kepada negara.

Jelasnya, Johor akan menerima limpahan manfaat paling besar kerana sebahagian besar projek HSR melibatkan pembangunan di negeri ini.

“Walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pembatalan projek HSR Malaysia-Singapura, namun kami berharap projek itu akan dapat diteruskan.

“Dalam masa sama, kami juga tidak menolak penglibatan Singapura dalam pelaksanaan projek baharu itu nanti dalam aspek pelaburan.

“Ini kerana walaupun jajaran baharu berkemungkinan tidak melibatkan stesen di republik itu, tetapi ia pasti turut memberi manfaat kepada rakyat mereka yang berada di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan pembatalan projek berkenaan kerana tiada kata putus dapat dicapai antara kedua-dua negara terlibat.

Pembatalan projek itu turut menyaksikan Malaysia perlu membayar pampasan dianggarkan berjumlah RM300 juta kepada Singapura.

Tambah Hasni, pihaknya percaya kerajaan pusat mempunyai perancangan baharu yang lebih baik bagi menggantikan projek berkenaan yang telah dibatalkan.

“Pembinaan projek HSR ini akan melibatkan laluan sepanjang lebih 300 kilometer dengan Johor menempatkan sebahagian besar daripada jajaran dan stesen.

“Jadi kami berharap sebarang perbincangan baharu melibatkan projek itu akan turut mengambil kira pandangan Johor dalam memastikan rakyat negeri ini mendapat manfaat dan limpahan daripada pelaksanaannya,” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI