fbpx

‘Masuk 2021, masih ada pemikiran macam ini’ – Saharul Ridzwan dikutuk jual buah pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAHARUL RIDZWAN

PETALING JAYA – Meskipun sudah memasuki tahun baharu, namun masih wujud segelintir netizen yang masih berfikiran mundur apabila gemar mengeji pekerjaan yang dilakukan seseorang.

Itu antara luahan pelakon Saharul Ridzwan apabila dia sendiri menjadi mangsa kecaman seorang netizen yang mengutuk dirinya menjadi penjual pisang.

Luahan tersebut dikongsikan Saharul, 32, menerusi Instagramnya semalam dengan memuat naik tangkap layar kiriman mesej yang diterima daripada netizen berkenaan.

Individu tersebut mendakwa Saharul sudah tidak menerima tawaran berlakon sehingga terpaksa menjual pisang selain mempersoalkan sama ada pelakon itu tidak berasa malu berniaga di gerai.

TANGKAP layar kiriman mesej diterima Saharul daripada seorang individu yang mengutuk dirinya menjual pisang.

“Lagi berapa jam sahaja nak masuk 2021. Apa masih ada pemikiran macam ini?

“Tidak mengapalah. Asal barang jadi rezeki. Rezeki yang halal. Kita usaha ke arah itu,” tulisnya.

Kecaman berkenaan diterima pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu menerusi sebuah video yang dimuat naik pada 23 Disember lalu.

Menerusi video tersebut, Saharul berkongsi kepada pengikutnya bahawa dia berjaya menjual 200 kilogram (kg) pisang berangan dalam masa hanya 40 minit.

Dia menjual buah tersebut dengan harga RM3 sekilo di sebuah kedai terletak di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI