fbpx

Lelaki bawa cangkul mengamuk gemparkan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Nor (kanan) bersama anaknya, Afnan Naim, menunjukkan kerosakan rumah jirannya akibat perbuatan lelaki mengamuk di Taman Serdang, pagi semalam.
Lelaki yang mengamuk menggunakan cangkul sambil memecahkan cermin tingkap rumah penduduk di Taman Serdang, Sitiawan, pagi semalam.

LUMUT – Seorang wanita berdepan situasi menakutkan lebih 15 minit apabila seorang lelaki tidak dikenali membawa cangkul mengamuk di kawasan luar dan dalam rumahnya termasuk memecahkan cermin tingkap di Taman Serdang, Sitiawan, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Ira, 40, berkata ketika kejadian dia tinggal berseorangan di rumah dan sedang menonton televisyen di ruang tamu, manakala suaminya berkerja.

“Tidak lama kemudian saya terlihat kelibat seorang lelaki berambut panjang dan berseluar pendek tanpa baju berjalan mundar-mandir di jalan raya depan rumah sambil menyeret cangkul.

“Bimbang dengan keadaan itu, saya mengunci semua pintu dan tingkap sebelum melihat lelaki itu membuka pintu pagar rumah,” katanya yang kemudian terus menghubungi suami, jiran dan polis.

Menurut Ira, lelaki itu kemudian mengetuk pintu dan memintanya membuka pintu rumah dan apabila tiada maklum balas, dia mengelilingi rumahnya empat kali sebelum bertindak agresif dengan merosakkan jaring di pintu jeriji serta memecahkan tingkap dan pintu kayu rumahnya.

“Apabila melihat pintu telah pecah dan terkopak, saya jadi panik dan terus melarikan diri ke dalam bilik serta menyendal daun pintu dengan tiang besi penyangkut baju,” katanya.

Lelaki itu kemudian berjaya memasuki rumahnya dipercayai menerusi pintu belakang dan cuba menolak pintu bilik tetapi tidak berjaya kerana selain tiang besi, Ira sendiri turut menahan pintu itu daripada dalam bilik.

Katanya, selepas gagal membuka pintu bilik, lelaki itu kembali ke dapur dan membuka peti ais lalu mengambil air botol di dalamnya sebelum keluar rumah melalui pintu belakang.

Ira berkata, lelaki itu kemudian melarikan diri apabila melihat suaminya datang menaiki motosikal sebelum dikejar suaminya dan penduduk lain.

Bagaimanapun, katanya, lelaki itu dilihat datang kembali ke rumahnya dan berjaya pula melarikan motosikal suaminya sebelum menunggang menuju ke arah bandar Sitiawan.

Katanya, apabila pemeriksaan dilakukan kemudian mendapati sepasang kasut sukan milik suaminya didapati hilang.

Sementara itu, jiran Ira, Mohamed Nor Mohamed Alwi, 70, berkata, dia melihat lelaki tidak dikenali itu berjalan di sekeliling rumah jirannya dengan memegang cangkul seperti mengamuk sebelum isterinya menghubungi polis.

“Selepas keluar dari rumah jiran, lelaki itu pergi ke rumah seorang lagi jiran dan mengetuk pintu rumah sebelum dia memasuki kawasan rumah saya dan mengetuk pintu jeriji yang sudah dikunci,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pecah rumah di Taman Serdang dan suspek sudah ditahan semalam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI