fbpx

Guna wajah ibu pujuk bayi menyusu botol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menampal tablet memaparkan wajah isterinya sambil menyusukan bayi lelakinya di wilayah Jiangxi, China baru-baru ini. – Newsflash

BEIJING – Seorang bapa di China menggunakan cara unik untuk memujuk bayi lelakinya menyusu botol, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Lelaki berasal dari daerah Wuyuan dalam wilayah Jiangxi di tenggara China itu ‘menampal’ sebuah tablet pada wajahnya dengan skrin tablet menghadap ke arah bayinya.

Pada skrin tablet itu tertera wajah ibu bayi tersebut supaya anak kecil itu dapat menyusu dengan selesa walaupun semasa menyusu botol.

Berdasarkan rakaman video yang dibuat, bayi itu kelihatan cuba menggapai ‘wajah ibunya’ sambil meminum susu. Sebelum ini, bayi tersebut dikatakan sukar untuk dipujuk untuk minum susu daripada botol susu.

Media tempatan melaporkan, aksi itu dirakam pada 27 Disember lalu di kediaman keluarga bayi tersebut.

Lelaki itu mengakui bahawa bayi itu cuma mahu minum susu di pangkuan ibunya.

Seorang netizen menyatakan, idea bapa itu bukan mengejutkan kerana ikatan ibu dan anak sememangnya rapat disebabkan amalan memberi susu badan.

Bagaimanapun, beberapa netizen menyuarakan kebimbangan kerana jarak antara tablet dan muka bayi itu terlalu dekat dan dikhuatiri boleh memberi kesan pada pada mata bayi tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI