fbpx

Pelabur Bahrain minat ternak ayam di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK Muhammad Zawawi (dua kiri) menunjukkan madu kelulut yang dihasilkan oleh PelandangNita di Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Pelabur dari Bahrain bersetuju untuk melabur dana sebanyak RM800 juta bagi membangunkan projek usaha sama penternakan ayam daging di negara ini.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, perbincangan peringkat awal dengan wakil kerajaan Bahrain di ibu negata kelmarin dilihat mampu memberi harapan baharu dalam sektor penternak ayam.

Menurutnya, ia juga akan membuka peluang pekerjaan selain membantu membangunkan hub halal bagi pengeluaran daging ayam.

“Saya akan bincangkan perkara ini dengan pihal Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk menyalurkan projek usaha sama yang berdaya maju ini melibatkan penyertaan Pertubuhan Peladang di negara ini.

“Pelabur berkenaan juga bersetuju untuk menternak bagi pengeluaran anak benih ayam selain membina kilang pemprosesan makanan ayam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Dialog Bersama Peladang Wanita (PeladangNita) di Dewan Utama Pejabat Ahli Parlimen Pasir Puteh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Nik Muhammad Zawawi berkata, pelabur berkenaan juga bersetuju untuk mengeksport semula hasil ternakan yang diusahakan ke negara mereka selain memenuhi bekalan domestik.

Katanya, peluang itu perlu direbut peluang dalam usaha untuk memperluaskan dagangan hasil pertanian dan industri hiliran yang lain bagi pasaran Timur Tengah.

Beliau berkata, sos cili dan madu kelulut mendapat permintaan tinggi negara-negara tersebut apabila pemasaran yang lebih efektif akan dilakukan selepas pandemik Covid-19 berakhir.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI