fbpx

Falsafah bola sepak Bielsa mula berhasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Leeds berpesta gol apabila menewaskan West Brom 5-0 pada aksi di The Hawthorn awal pagi semalam. – AFP

WEST MIDLAND – Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa mengakui teruja menyaksikan anak-anak buahnya mencatat kemenangan besar 5-0 menewaskan West Bromwich Albion awal pagi semalam.

Bermula dengan jaringan sendiri pemain West Brom, Romaine Sawyers pada minit ke­sembilan yang tersepak bola ke gawang sendiri dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol mereka.

Ezgjan Alioski menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-31 menerusi rembatan kencang menarik sebelum Jack Harrison meledak gol ketiga, manakala Rodrigo menambah jaringan keempat sebelum rehat separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan pemain pertahanan Leeds, Raphinha terus menambah derita Sam Allardyce dan para pemainnya dengan gol kelima sekali gus menutup malam ceria skuad kendalian Bielsa itu.

“Apa yang penting adalah kami sangat efisien pada aksi kali ini. Biasanya kami akan berdepan masalah dan tidak berjaya menyempurnakan peluang untuk mendapatkan lima gol dalam satu perlawanan.

“Kami berjaya menguasai perlawanan dan mencipta banyak peluang. Kemenangan ini membuatkan saya sangat gembira,” katanya.

Leeds muncul sebagai pasukan yang berjaya mempamerkan aksi paling menghiburkan sejak dinaikkan pangkat beraksi pada saingan utama apabila menggunakan falsafah menyerang dalam setiap aksi mereka.

Bagaimanapun, nasib tidak selalu menyebelahi mereka, tetapi aksi kali ini membuktikan ketegasan Bielsa untuk mengekalkan corak permainan sedemikian membuahkan hasil

“Kami menguasai permainan tetapi tetap melakukan beberapa kesilapan, namun mujur mereka tidak berjaya mengambil kesempatan. Kami terus kekal dengan corak menyerang dan ia membuatkan kami lebih efisien.

“Apa yang lebih utama adalah gawang kami kekal kebal kerana kami merekodkan jumlah bolos yang agak tinggi setakat musim ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI