fbpx

PDRM terima 13 laporan isu kartel daging haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUZIR

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 13 laporan berhubung isu kartel daging import yang menggunakan logo halal palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan berhubung isu itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) JSJ mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam.

“Setakat ini, sebanyak 13 laporan polis diterima daripada orang awam yang melahirkan rasa kegusaran selepas membaca laporan khas mengenai serbuan di sebuah gudang di Senai, Johor berkaitan kegiatan syarikat menyeludup daging import secara haram termasuk menukar status halal daging untuk pasaran tempatan.

“Berdasarkan jumlah rampasan dan sitaan, tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti itu melibatkan rangkaian luas selain didalangi sindiket dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, tindakan ke atas sindiket yang terlibat akan dilakukan mengikut beberapa justifikasi termasuk menjejaskan imej negara sebagai sebuah hub halal, memberi kesan besar kepada ekonomi negara serta mengancam ketenteraman dalam negara akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita memandang serius isu ini dan komited untuk menanganinya dengan jaringan kerjasama dengan agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kastam dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI