fbpx

Menteri syor guna aplikasi semak status halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri meninjau premis penyembelihan lembu di Rawang, Selangor pagi ini.

PETALING JAYA – Orang ramai disaran menggunakan kemudahan aplikasi sedia ada bagi memeriksa status halal sesuatu produk termasuk daging yang mahu dibeli.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, aplikasi Verify Halal itu boleh diperoleh di App Store dan Google Play.

“Muat turun aplikasi Verify Halal untuk periksa status halal produk, sama ada dengan mengimbas kod bar, menaip maklumat produk atau melakukan pencarian mengikut produk, jenama, syarikat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas melakukan tinjauan di premis HS Nada Sdn. Bhd. di Rawang, Selangor bermula pukul 7.30 pagi ini.

Syarikat itu mempunyai 30 tahun pengalaman dalam penternakan, penyembelihan, penjualan serta pemasaran produk daging.

Terdahulu, Zulkifli menyatakan keyakinan isu kartel daging import seludup yang diragui statusnya dapat ditangani Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan baik.

“InsyaAllah saya yakin isu terbabit akan ditangani sebaiknya oleh KPDNHEP. Dengan sokongan dan doa rakyat Malaysia, isu terbabit akan menemui jalan penyelesaian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI