fbpx
ATIKAH SUHAIME

Kekasih puji saya cantik pakai tudung – Atikah Suhaime

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon Atikah Suhaime mengakui dirinya belum bersedia untuk mengenakan tudung meskipun dipuji cantik oleh kekasihnya, Datuk Lokman Teh.

Malah tambah pelakon drama Dendam Cinta Arissa itu, kekasihnya itu juga pernah meminta dia memakai tudung.

Perkara berkenaan diluahkan Atikah atau nama lengkapnya Nurul Atikah Mohd. Suhaime menerusi InstaStory miliknya semalam.

“Hari itu, mama dengan @lokmanteah cakap saya nampak cantik pakai tudung. Lokman suruh saya pakai tudung.

“Tapi pakai tudung sebab nak nampak cantik atau sebab Allah? Entahlah. Belum sedialah. Insya-Allah satu hari nanti,” tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon kelahiran Singapura itu memuat naik sekeping gambar dirinya memakai tudung berwarna merah jambu.

Atikah juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Aku Seorang Perempuan yang menampilkan dirinya membawa watak seorang wanita bertudung bernama Siti Nor Aisya. – K!ONLINE