fbpx
SHARNAAZ AHMAD

Ini semua pengampu orang kaya – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa tidak puas hati apabila masih timbul isu dua darjat antara rakyat marhaen dengan golongan kenamaan di negara ini.

Dalam Twitter, timbul kekecohan apabila ramai tidak berpuas hati berkenaan isu jalan raya rosak dan berlubang sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

Namun hanya kerana seorang menteri cedera berbasikal, ‘menggelupur’ satu agensi kerajaan melakukan permohonan maaf.

“Aku yang melambung naik motor hari-hari dekat masjid Wilayah ini apa cerita?

“Ini semua pengampu orang kaya. Geng-geng aku yang bawa Grab tak mahu minta maaf ke?” getus Sharnaaz atau nama lengkapnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad melalui InstaStory miliknya.

Semalam, Jabatan Kerja Raya (JKR) cawangan Kuala Langat memohon maaf kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar jatuh terlanggar lubang jalan ketika aktiviti berbasikal.

Menjadi perdebatan dalam Twitter hanya kerana basikal seorang menteri berharga RM45,000 rosak, JKR tampil membuat permohonan maaf.

“Motosikal rakyat guna untuk cari rezeki hari-hari langgar lubang tiada siapa peduli. Antara dua darjat,” ciap seorang pengguna Twitter. – K! ONLINE

POPULAR