fbpx

Tiga lagi PKPD dikuat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

PETALING JAYA – Tiga lagi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan kerajaan selama 14 hari bermula esok melibatkan tiga lokaliti di Johor dan Negeri Sembilan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD terbabit melibatkan dua kawasan di Johor dan satu kawasan di Negeri Sembilan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM), PKPD di Johor akan dikenakan di Pusat Koreksional Johor Bahru dan kuarters kakitangan di Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian dan di Dewan Arena Segitiga, Lot 19094, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi.

“Di Negeri Sembilan pula, PKPD itu akan dikenakan di Penjara Jelebu dan kuarters kakitangan selepas KKM melaporkan peningkatan kes dalam kalangan tahanan dan kakitangan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI