fbpx

ADUN Dengkil positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Adhif Syan yang memaklumkan dirinya positif wabak Covid-19 di laman Facebook.

PUTRAJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Adhif Syan Abdullah disahkan positif Covid-19, semalam.

Perkara itu dikongsi Adhif di laman rasmi Facebook, malam tadi.

Adhif berkata, beliau disahkan positif petang semalam dan kini dirawat serta menjalani kuarantin di hospital.

“Untuk pengetahuan, saya hadir ke hospital untuk saringan semalam selepas mendapati pemandu saya mengalami simptom demam sejak dua hari lalu.

“Saya telah membuat ujian swab sebagai langkah berjaga-jaga sejurus selesai urusan kerja harian dan hari ini (semalam) disahkan positif oleh pihak hospital.

“Kementerian Kesihatan (KKM) serta pihak berkuasa lain telah dimaklumkan dan semua kontak rapat saya telah dikesan dan disaring mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, orang ramai di nasihatkan untuk memberi kerjasama jika diminta oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, Adhif berkata, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Dengkil akan ditutup selama 14 hari untuk operasi nyah cemar dan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Seluruh staf PKM saya turut akan menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing selepas menjalani saringan.

“Saya memohon maaf jika mendatangkan sebarang kesulitan dan akan memaklumkan perkembangan keadaan kesihatan saya serta pengoperasian PKM dari semasa ke semasa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI