fbpx

Perancis catat kes pertama Covid -19 super spreader dari Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PARIS – Kerajaan Perancis mengesahkan terdapat kes positif Covid-19 pertama daripada varian baharu di negara itu yang sebelum ini dikesan di Britain, lapor saluran berita BBC News.

Kementerian Kesihatan Perancis dalam satu kenyataan berkata, individu yang dijangkiti itu merupakan seorang lelaki warga tempatan dari bandar Tours yang tiba dari Britain pada 19 Disember lalu.

Kenyataan itu berkata, lelaki tersebut didapati tidak mempunyai sebarang gejala dan sedang melakukan kuarantin kendiri di rumah.

Tambah kenyataan tersebut, lelaki itu dikesan dijangkiti wabak Covid-19 varian baharu selepas dia menjalani ujian saringan pada 21 Disember lalu.

Lelaki tersebut yang didapati tinggal di Britain itu berada dalam keadaan sihat.

Sementara itu, beberapa buah negara lain turut dilaporkan mencatatkan kes positif daripada varian baharu tersebut termasuk Jepun, Denmark, Australia dan Belanda.

Terdahulu, penemuan varian baharu Covid-19 itu membuatkan beberapa buah negara melaksanakan larangan perjalanan terhadap Britain.

Perancis menutup sempadannya, namun membuka semula pada Rabu lalu dengan membenarkan hanya individu yang disahkan negatif boleh memasuki negara itu.

Ribuan buah lori terkandas di bandar Kent, Britain berikutan terpaksa menunggu giliran untuk merentasi Selat Inggeris ke Perancis.

Setakat ini, Perancis melaporkan sebanyak 2.5 juta kes positif sejak wabak itu dikesan dengan lebih 62,000 kematian menjadikannya yang ketujuh tertinggi di dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI