fbpx

Milan pertahan rekod kemenangan bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILAN berjaya menewaskan Lazio 3-2 pada aksi Serie A awal pagi semalam untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka setakat ini. – AFP

MILAN – AC Milan mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Lazio pada aksi Serie A di Stadium San Siro awal pagi semalam.

Tiga gol menerusi Ante Rebic, Hakan Calhanoglu dan Theo Hernandez memastikan skuad kendalian Stefano Pioli itu terus menerajui carta liga dengan 34 mata.

Pioli mengakui gembira dan bangga dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya selain menganggap kemenangan itu sebagai hadiah terbaik sempena Hari Krismas.

“Saya berkumpul dengan semua pemain di tengah padang untuk mengucapkan selamat menyambut Krismas. Saya tahu mereka sudah tidak sabar untuk pulang bersama keluarga ma­sing-masing.

“Kami memang sentiasa buru kemenangan dan semua pemain berjaya lakukannya pada perlawanan ini. Mereka sudah menjalankan tugas dengan sangat baik,” kata Pioli.

Sementara itu, beliau juga memuji corak permainan yang ditampilkan pasukan pelawat apabila memberi tekanan kepada Milan, lebih-lebih lagi pada bahagian tengah.

“Lazio memiliki kelebihan dari segi fizikal dan sangat berkualiti. Mereka bermain dengan agresif, jadi kami perlu bekerja lebih keras untuk dapatkan kemena­ngan ini,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI