fbpx

Helmi gah julang kejuaraan CP150

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HELMI berjaya muncul juara keseluruhan kategori CP150 pada perlumbaan terakhir Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas semalam.

MESKIPUN menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima, namun ia tidak menghalang pelumba HI-REV SCK Honda Racing, Mohd. Helmi Azman muncul juara keseluruhan kategori CP150 pada perlumbaan terakhir Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas semalam.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (utara) itu, Helmi yang bermula di petak hadapan sedikit ketinggalan pada awal saingan sehingga terperosok ke kelompok belakang.

Bagaimanapun, pelumba kelahiran Selangor itu memperkemaskan tunggangan sebelum memecut laju untuk kembali ke kelompok hadapan dan bersaing dengan pencabar terdekat daripada pasukan Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar.

Meskipun menamatkan perlumbaan di tempat kelima, Helmi tetap memastikan kejuaraan menjadi miliknya apabila mengumpul 143 mata, tujuh mata mengatasi Azroy yang berpuas hati dengan naib juara.

Lebih manis, bukan sahaja Helmi dinobatkan sebagai juara ke­seluruhan CP150, namun pasukannya turut menggondol pasukan terbaik bagi saingan musim ini.

“Alhamdulillah, Allah nak bagi rezeki kepada saya untuk juara keseluruhan CP150 musim ini. Saya rasa bangga dengan pencapaian ini dan saya mahu ucap te­rima kasih kepada pasukan kerana sudah bekerja keras.

“Sebenarnya pasukan minta saya tidak ambil risiko pada perlumbaan itu, mereka hanya mahu saya tamatkan perlumbaan. Saya bersyukur kerana masih mampu tamatkan perlumbaan dalam kelompok lima teratas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, ketua pasukan HI-REV SCK, Soong Chee Keong mengakui gembira dan bangga dengan kejayaan pasukan tersebut muncul juara keseluruhan selain memuji prestasi yang dipamerkan Helmi.

Bagaimanapun, beliau tanpa berselindung mengakui agak bimbang dengan cabaran yang diberikan Azroy sepanjang perlumbaan, lebih-lebih lagi ketika pelumba itu berada di hadapan Helmi.

“Sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini ke­rana pelumba dan semua staf pasukan sangat mengharapkan­nya. Kita juga sudah bekerja keras sepanjang musim ini.

“Saya tidak nafikan ada rasa bimbang ketika Azroy berada di depan kerana dia dan Helmi bersaing untuk kejuaraan, namun ini adalah perlumbaan, apa-apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Bagi saingan CP125, pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Md. Syafiq Rosli muncul juara keseluruhan dengan mengumpul 117 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI