fbpx

Safrizal diburu berkait bunuh wanita Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safrizal

KLANG – Seorang lelaki Indonesia diburu bagi membantu siasatan dalam pembunuhan rakan wanita senegaranya
dalam bilik sebuah rumah di Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas di sini,semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki itu dikenali sebagai Safrizal yang dipercayai tinggal berlainan bilik di rumah tersebut.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Zamrus Zakaria di talian 019-689 2777.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Kosmo! semalam melaporkan seorang wanita warga Indonesia mati dibunuh dengan kesan tikaman pada leher dengan
keadaan separuh bogel di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas.

Mayat mangsa berusia 20an ditemui rakan serumah pukul 2.05 petang sebelum memaklumkan kepada pihak polis. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI