fbpx

Kang Daniel artis lelaki terhangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG DANIEL

POPULARITI dan pengaruh milik penyanyi Kang Daniel bukan lagi calang-calang.

Hal ini terbukti apabila dia dipilih selaku artis idola lelaki paling hangat hasil undian peminat menerusi aplikasi Idol Champ.

Aplikasi berkenaan membuka kaji selidik dengan memberi peluang kepada peminat untuk memilih artis lelaki manakah yang paling hangat.

Undian dibuka selama dua minggu bermula 4 Disember lalu dan memaparkan Kang Daniel menduduki tangga teratas dengan catatan peratus sebanyak 37.87 peratus.

Tempat kedua diekori penyanyi Doyoung daripada kumpulan NCT dengan undian sebanyak 17.45 peratus diikuti Wonho (ketiga), Kai EXO (keempat) dan Shownu Monsta X (kelima).

Baru-baru ini juga, pelantun lagu Waves itu turut terpilih dalam senarai 10 artis terbaik menerusi 2020 APAN Awards. Dalam majlis sama, Kang Daniel turut diumumkan sebagai pemenang anugerah Best Global Male Sol.

Manakala menerusi KT Seezn Star yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Januari tahun depan, namanya telah diumumkan sebagai penerima trofi Penyanyi Terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI