fbpx

Baju Ayda Jebat betul-betul ‘parah’ – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAKAIAN Ayda Jebat yang dipakai dalam video muzik lagu Parah dikecam netizen kerana didakwa terlalu seksi.

Belum lancar tetapi sudah menjadi buah mulut orang. Itu yang berlaku kepada Ayda Jebat selepas memuat naik beberapa klip video promosi lagu baharunya berjudul Parah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Difahamkan, lagu tersebut sudah diluncurkan minggu lalu dan kini menanti detik untuk video muziknya dilancarkan secara rasmi.

Dipendekkan cerita, video promosi yang dimuat naik Ayda dalam Instagramnya memaparkan beberapa wanita berpakaian menjolok mata. Busana yang dipakai para penari juga tak menahan, seksi betul.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menegur dres pendek paras atas lutut berwarna emas yang dipakai Ayda kerana dikatakan seksi.

Menurut warga maya, baju tersebut tidak manis dipakai dan Ayda sepatutnya lebih bijak memilih busana yang sesuai.

Memang banyak juga kritikan dan kecaman yang ditabur dalam ruangan komen Instagramnya, bahkan ada juga yang mendakwa baju Ayda sebagai parah!

Lebih menarik, ada yang turut berdoa agar penyanyi genit itu diberikan hidayah dan berubah menjadi insan lebih baik.

Mizz Lahar tidak mahu komen lebih sebab belum tonton lagi video muzik rasmi lagu Parah. Harapnya apa yang dikatakan netizen itu tidaklah seteruk yang disangka.

Rasa tak sabar pula, harap-harap tidak parahlah mata Mizz Lahar nanti.

MIZZ LAHAR: Khabar angin mengatakan Haqiem Rusli ada hubungan istimewa bersama wanita yang bersama menguruskan restorannya? Kalau benar, tahniah diucapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI