fbpx

Ah long berdepan denda RM1. 5 juta, didakwa enam pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Hing diiiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

MELAKA – Seorang ah long berdepan hukuman denda RM1. 5 juta selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas enam pertuduhan memberi pinjaman wang secara haram, sejak Julai tahun lalu.

Tertuduh, Wong Kok Hing, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan satu hingga keenam, tertuduh didakwa telah menjalankan perniagaan sebagai pemberi pinjam wang tanpa lesen sah kepada enam individu secara berasingan yang masing-masing berusia 23, 31, 40, 52 dan 57 tahun.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sekitar daerah Melaka Tengah antara 25 Julai 2019 sehingga 12 Disember 2020.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak kurang RM250, 000 atau tidak melebihi RM1 juta atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Intan Lyiana Zainal Abidin memohon jaminan tidak dibenarkan, namun sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara, jaminan sebanyak RM50, 000 dicadangkan bagi kesemua pertuduhan.

Peguam Loong Meng Si yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya menghidap penyakit diabetes sejak lima tahun lalu dan kini menanggung ibu bapa yang sudah uzur.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10, 000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 27 Januari depan sebagai sebutan semula kes. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI