fbpx

Beri kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam penggunaan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Perkara itu diputuskan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember lalu.

Malah, ketetapan penggunaan vaksin itu juga telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja baru-baru ini.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada pihak kerajaan dalam menangani penularan pandemik Covid-19 menerusi penggunaan vaksin.

Beliau berkata, penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.

“Ini terbukti apabila kaedah pencegahan melalui vaksinisasi dapat dilihat dalam enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia daripada tahun 1988 hingga 2013.

“Antara vaksin yang diharuskan adalah pelalian Rubela (Imunisasi Rubela) (tahun 1988), imunisasi Hepatatis B (tahun 1988) dan imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio (tahun 1989),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, vaksin lain termasuk pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis (tahun 2002 dan dipinda keputusannya pada 2014), vaksin Human Papilloma Virus (HPV) (tahun 2010) dan vaksin Meningitis Menveo (tahun 2013). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI