fbpx

69 jemaah B40, M40 tolak bantuan kewangan tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (kiri) menyampaikan ucapan kepada jemaah haji Malaysia ketika mengadakan lawatan di Abraj Al-Janadriyah, Mekah, semalam.

MEKAH – Seramai 69 jemaah haji menolak untuk diberi bantuan sebaliknya membuat pembayaran penuh RM30,850 kerana mempunyai kesedaran bahawa asas kewajipan haji ialah istito’ah atau kemampuan dari segi kewangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, mereka yang dipilih mengerjakan haji selepas membuat rayuan tidak sepatutnya mempersoalkan mengenai bayaran penuh yang dikenakan.

Katanya, ia ekoran mereka telah memotong barisan dan ada yang menerima bantuan kewangan sedangkan masih ada tujuh juta lagi sedang menunggu giliran dipilih mengerjakan haji.

“Kita sentiasa terbuka untuk menerima cadangan dan tidak tolak begitu sahaja. Apa yang dipersoalkan oleh jemaah telah dijawab dengan sebaiknya dengan memberi pencerahan mengikut apa yang ditetapkan oleh Tabung Haji (TH).

“Perayu yang dapat mengerjakan haji sepatutnya bersyukur kerana ada lagi 60,000 orang yang menunggu dan sanggup untuk membuat pembayaran penuh asalkan mereka dapat ke Tanah Suci,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu, Mohd. Na’im mengadakan pertemuan dengan para jemaah ketika membuat lawatan ke Ibu Pejabat TH di Abraj Al-Janadriyah di sini.

Dalam pertemuan tersebut, Mohd. Na’im turut menitipkan pesanan kepada jemaah supaya menjaga kesihatan ketika cuaca panas di Tanah Suci terutama ketika operasi Masyair.

Ketika sesi soal jawab, seorang jemaah wanita telah menanyakan kepada beliau mengenai golongan B40 dan M40 yang perlu membuat pembayaran penuh selepas rayuan mereka diluluskan.

Semakan di dalam aplikasi THijari bahagian rayuan haji mendapati terdapat syarat No. 12 memberitahu mereka yang berjaya akan dikenakan bayaran penuh RM30,850.

Menurut Mohd. Na’im, kesemua 69 jemaah itu merupakan golongan B40 dan M40 yang tahu bahawa asas kewajipan haji ialah istito’ah iaitu kemampuan daripada segi kewangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI