fbpx

Saif Ali berdepan saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIF ALI KHAN

PELAKON Saif Ali Khan bakal berdepan tindakan undang-undang ekoran kenyataannya yang disifatkan telah menyentuh sensitiviti keagamaan dalam filem Adipurush.

Tindakan undang-undang berupa saman tersebut telah difailkan oleh seorang peguam dari negeri Uttar Pradesh terhadap Saif termasuk pengarah filem, Om Raut di mahkamah Majistret Kehakiman Tambahan, Jaunpur.

Berdasarkan laporan Hidustan Times, pihak mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan kes tersebut pada 23 Disember ini.

Menerusi satu temu bual sebelum ini, Saif yang membawakan watak Lankesh yang mirip seperti raja syaitan Raavan, telah mengeluarkan kenyataan untuk memaparkan sisi baik Ravaan.

Bagaimanapun, masyarakat Hindu tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana mereka mempunyai pendapat berbeza tentang Ravaan.

Malah mereka turut menuntut supaya Saif digugurkan daripada membintangi filem tersebut.

Menyedari kesilapan yang telah berlaku, Saif telah mengeluarkan permohonan maaf selepas mencetuskan kontroversi dan menyakiti sentimen penganut agama Hindu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI