fbpx

Langkawi perlukan lebih 200,000 pelancong sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Pulau peranginan ini memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 pelancong sebulan bagi mewujudkan persekitaran ekonomi yang sihat terutama kepada pemain industri pelancongan di situ.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr. Hezri Adnan berkata, purata jumlah kemasukan pelancong itu penting dalam memastikan kelangsungan perniagaan di Langkawi.

“Jika Langkawi boleh dapat sekurang-kurangnya 200,000 pelancong setiap bulan, ia dilihat cukup untuk kebanyakkan perniagaan.

“Kadar itu mungkin bukan sesuatu yang mewah tetapi mencukupi,” katanya selepas merasmikan program sesi libat urus Tapawfood serta pengusaha kecil dan sederhana di Ombak Villa di sini hari ini.

Kata beliau, sekiranya jumlah pelancong yang diterima mencapai 250,000 orang atau lebih dalam masa sebulan, ia akan merancakkan lagi industri seterusnya memberi manfaat kepada penduduk di pulau tersebut.

Berhubung sasaran jumlah pelancong untuk tahun depan, menurut Hezri, pihaknya berhadapan dengan ketidakpastian susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI