fbpx

Polis buru lelaki tetak ibu tunang sehingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PITAS – Polis giat menjalankan siasatan sekaligus memburu seorang lelaki terbabit dalam kes tetak dalam kejadian di Kampung Kuyuh kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd. Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 29 tahun terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Kereta Proton Satria berwarna biru yang tular di laman sosial juga adalah dikenalpasti kenderaan milik lelaki berkenaan manakala semua mangsa yang cedera masih ditempatkan di Hospital Pitas untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Oleh itu, kita mohon sesiapa yang mengenali atau mengetahui lokasi lelaki terbabit supaya memaklumkan kepada polis untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan kes itu, Mohd. Izaan berkata, pihaknya setakat ini masih belum menyoal siasat mangsa berkaitan punca kejadian atau punca tindakan mangsa mahu memutuskan pertunangan.

“Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan termasuklah mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Terdahulu, seorang mangsa yang juga ibu kepada tunang suspek lelaki berkenaan dikenali sebagai Habibah Abungon, 68, mati akibat kecederaan parah ditetak dalam kejadian sekitar pukul 11.15 malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, empat sekeluarga yang berada di rumah sama turut cedera diserang suspek yang mengamuk selepas dikatakan enggan memutuskan tali pertunangannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI