fbpx

25 tan limau mandarin disita Maqis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Pulau Pinang merampas 25 tan limau mandarin dari China di NBCT, Butterworth Jumaat lalu.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan membawa masuk lebih 25 tan limau mandarin yang tidak mematuhi syarat semasa membuat pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini Jumaat lalu.

Operasi kira-kira pukul 5.40 petang itu dibuat selepas sebuah kontena dipercayai melanggar syarat permit import iaitu gagal mematuhi Pengredan, Pembungkusan, dan Perlabelan (3P) sebagaimana yang dinyatakan dalam sijil 3P.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan itu membabitkan 25,956 kilogram limau mandarin dari China.

“Ia membabitkan 1,854 kotak limau mandarin dianggarkan bernilai RM108,887.14 yang disita bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI