fbpx

Zarina Anjoulie kembali beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarina Anjoulie

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie membuat kemunculan semula dalam dunia hiburan apabila dikhabarkan bakal menerajui satu filem terbaharu arahan Mawi.

Menerusi satu hantaran foto yang dimuat naik Mawi di laman Instagram miliknya, dia mendedahkan barisan pelakon yang bakal membintangi naskhah bergenre komedi seram itu.

Difahamkan, Mawi bakal hadir dengan filem kedua arahannya bertajuk Hantu Kuat Ketawa yang membariskan legenda lawak negara, Saiful Apek dan beberapa pelakon hebat lain.

“Semalam meeting (mesyuarat) dengan Anju (Zarina Anjoulie) untuk projek filem Hantu Kuat Ketawa. Senang betul kerja dengan Anju dan suami dia.

“Cerita tak payah panjang-panjang. Dia terus on (setuju)! Makin tak sabar nak masuk set. Dapat rasa aura dia apabila bergabung dengan Saiful Apek, Syanie, Along Cham, dan Anas Tahir. Mesti best (seronok)!,” tulis Mawi pada ruangan kapsyen.

Difahamkan, Mawi juga bakal muncul sebagai pelakon undangan dalam filem tersebut.

Terdahulu, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 33, menyepikan diri dalam dunia lakonan hampir enam tahun selepas kali terakhir muncul dalam filem Amir dan Loqman Pergi Ke Laut arahan sutradara Mamat Khalid pada 2014. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI