fbpx

Pejabat LHDN Johor tutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Johor di sini akan ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi mengikut prosedur operasi standard dijalankan.

Pihaknya dalam satu kenyataan memberitahu, penutupan itu dijadualkan pada hari esok iaitu 20 Disember.

“Dalam tempoh ini, semua pelanggan diminta melakukan kerja-kerja percukaian secara dalam talian.

“Manakala sebarang maklum balas atau pertanyaan boleh dimajukan kepada LHDN melalui talian 03-8911 1000 atau melalui laman rasmi maklum balas pelanggan.hasil.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Baru-baru ini beberapa premis di kawasan berhampiran pejabat LHDN turut diarah henti operasi sementara ekoran terdapat kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan.

Antara premis yang berdekatan termasuklah pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall yang diarah henti operasi sementara bermula 7 Disember lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI