fbpx
Penduduk berpindah selepas rumah mereka ditenggelami banjir di Teluk Kalong, Kemaman semalam.

Mangsa banjir Terengganu meningkat 4,262 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu semakin buruk dengan mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) telah meningkat kepada 4,262 orang daripada 1,046 keluarga.

Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, setakat ini, empat daerah terjejas dengan banjir iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu.

“Kemaman paling teruk terjejas dengan 3,753 mangsa daripada 879 keluarga telah berpindah ke 25 PPS.

“Seramai 321 mangsa daripada 108 keluarga pula terjejas di Hulu Terengganu dan mereka kini ditempatkan di lapan PPS di sekitar daerah itu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Che Adam berkata, sebanyak empat PPS pula telah dibuka di Dungun yang menempatkan 186 mangsa daripada 58 keluarga.

Tambah beliau, dua mangsa daripada sebuah keluarga pula terjejas banjir di Setiu dan mereka kini ditempatkan di PPS Balai Raya Lama Bukit Nanas.

“Beberapa lembangan sungai utama di negeri ini menunjukkan trend peningkatan pada masa ini.

“Ia disebabkan fenomena air pasang besar pada awal pagi tadi yang menyebabkan aliran sungai tidak dapat turun ke laut dengan sempurna lalu melimpahan kawasan rendah berhampiran,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR