fbpx

Malaysia akan terima lagi vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Adham (kanan) menunjukkan kotak aerosol intubation box dalam Majlis Penyerahan Sumbangan UTMShield di Dewan Muafakat Simpang Renggam, Kluang, Johor.

KLUANG – Selepas Pfizer dan COVAX, kerajaan Malaysia akan memeterai satu lagi perjanjian bersama pihak pembekal AstraZeneca-Oxford berhubung pembelian vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perjanjian itu akan dimeterai pada Isnin ini dan dijangka boleh memenuhi keperluan imunisasi untuk 20 peratus rakyat negara ini..

Katanya, perkembangan itu menyaksikan negara kini mempunyai 50 peratus keperluan vaksin menerusi perjanjian dimeterai dengan beberapa pihak sebelum ini.

“Sebelum ini, kita telah menandatangani perjanjian bersama syarikat farmaseutikal, Pfizer untuk keperluan 20 peratus manakala COVAX pula untuk 10 peratus.

“Oleh demikian, kita perlu lagi 20 peratus untuk memenuhi keperluan 70 peratus vaksin rakyat Malaysia. Oleh itu, kita sedang meneliti untuk menarik lagi pengeluar vaksin bagi mencukupkan keperluan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan UTMShield di Dewan Muafakat Simpang Renggam di sini hari ini.

Dalam masa sama, Dr. Adham menambah bekalan vaksin dijangka tiba di negara pada suku pertama 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI