fbpx

Empat model AADK tangani isu dadah di 155 KBT seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (tengah) menyampaikan Anugerah Inisiatif Bersepadu Bagi Menangani Masalah Penagihan Dadah, Substan dan Pelencongan Sosial kepada peserta di sini hari ini.

PORT DICKSON – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah berjaya menyediakan empat model utama untuk menangani masalah penagihan dadah di 155 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, daripada jumlah itu 136 kawasan di Semenanjung Malaysia manakala 12 kawasan di Sabah dan tujuh di Sarawak.

Katanya, AADK telah membangunkan satu instrumen untuk mengukur penghijauan kawasan berisiko tinggi.

“Tiga objektif yang dijadikan sebagai indikator menghijaukan kawasan seperti mengurangkan penagih baharu yang dikesan.

“Meningkatkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan serta meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti dan pelbagai agensi pelaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Penilaian Program Inisiatif Bersepadu Bagi Menangani Masalah Penagihan Dadah, Substam dan Pelencongan Sosial di Hotel Grand Lexis di sini hari ini.

Tambahnya, pecahan daripada jumlah itu 24 kawasan merupakan Perumahan Projek Perumahan Rakyat, kawasan perkampungan nelayan (23), kawasan Felda (10) dan kawasan bercampur (98).

“AADK memohon supaya kerajaan pusat dan kerajaan negeri dapat mengekalkan komitmen terhadap inisiatif ini terutamanya membantu dari segi keperluan sumber logistik dan peruntukan kewangan bagi memastikan kesinambungan Dadah Terkawal 2025 dapat direalisasikan,” tambahnya.

Sementara itu, katanya, AADK sebelum ini telah menjalankan Projek Rintis di 12 kawasan yang dipilih untuk membangunkan model-model yang sesuai.

“Eksperimen di 12 kawasan itu telah berjaya memberi keputusan dan dapat mendedahkan kekuatan dan kekurangam yang perlu diperbaiki.

“Daripada 12 kawasan yang bermula dengan kawasan merah semuanya telah bertukar menjadi hijau kecuali Petaling Jaya (Selangor), Pulau Langkawi (Kedah) dan Pengkalan Chepa (Kelantan),” katanya.

Jelasnya lagi, terdapat beberapa faktor menyumbang kepada hasil yang positif antaranya peranan pegawai daerah yang menonjol dan menggerakkan semua jabatan serta agensi di kawasan pentadbiran daerah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI