fbpx

Warga Nigeria campak cucu tiri mengaku salah 4 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak panah menunjukkan arah suspek mencampakkan cucu tirinya dari tingkat tiga sebuah apartmen di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Nigeria yang bertindak mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga di sebuah pangsapuri di Setapak dua minggu lalu, didakwa atas enam pertuduhan antaranya membunuh, cubaaan membunuh dan melakukan seks menggunakan objek terhadap anak perempuan tirinya.

Kesemua enam pertuduhan itu, dibacakan terhadap tertuduh Ibekwe Emeka Augustine, 42, yang prosiding berlangsung di Hospital Kuala Lumpur (HKL)  pada jumaat ekoran tertuduh masih menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami selepas terjun dari tingkat tiga rumahnya.

Pertuduhan itu dibaca dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Emilia Kaswati Mohamad Khalid.

Bagi pertuduhan membunuh, Ibekwe didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian cucu tirinya yang berusia empat tahun mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan membunuh tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun tertuduh mengaku bersalah bagi empat pertuduhan iaitu cuba membunuh anak lelaki kandungnya, menyebabkan cedera parah terhadap isterinya, cubaan bunuh diri dan memasukkan dadah dalam badan.

Bagi pertuduhan cuba membunuh anak lelaki kandungnya berusia tujuh tahun, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas isterinya yang berusia 48 tahun, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 yang dibaca bersama 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, pertuduhan cubaan bunuh diri, dia dituduh mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi  pertuduhan memasukkan dadah dalam badan tertuduh didakwa mengikut Seksyen mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan tidak melebihi tiga tahun jika sabit kesalahan.

Untuk pertuduhan lain, iaitu melakukan seks dengan anak tirinya yang berusia 25 tahun dengan menggunakan objek, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit di Pangsapuri, Danau Villa, Setapak antara pukul 7.45 pagi hingga 8.15 pagi pada 29 November lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Emilia Kaswati kemudian menetapkan 11 Januari 2021 untuk sebutan semula kes dan jatuh hukum sekiranya tertuduh mengekalkan pengakuan salahnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI