fbpx

Shopee medium baharu bayaran zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar di Shopee yang membolehkan pengguna membayar zakat melalui aplikasi tersebut.

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) memudahkan lagi medium pembayaran zakat dengan mengumumkan Shopee sebagai medium bayaran atas talian yang terbaharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrul Azam Shaari berkata, Maipk sentiasa komited memperkasakan khidmat pelanggan bagi memudahkan pembayaran zakat.

“Pelantikan medium bayaran zakat melalui platform e-dagang, Shopee seiring dengan perkembangan terkini iaitu masyarakat semakin memilih transaksi bayaran dan pembelian atas talian yang lebih mudah dan cepat.

“Selain itu, dalam tempoh negara masih lagi terhad pergerakan ekoran pandemik Covid-19, transaksi atas talian adalah pilihan yang lebih selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, orang ramai terutama umat Islam di Perak boleh membayar zakat menerusi aplikasi Shopee mulai 18 Disember ini melalui dompet mudah alih ShopeePay, kad debit, perbankan atas talian dan pembayaran secara tunai di kaunter 7 Eleven. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI