fbpx

Peminat desak BTS tukar jurugaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS

PENAMPILAN istimewa kumpulan popular BTS dalam keluaran terbaharu majalah TIME mendapat perhatian luar biasa peminat.

Sayangnya, perhatian tersebut bukan berkisar tentang perkara positif sebaliknya peminat cenderung mengecam pasukan jurugaya kumpulan itu yang dilabel melakukan tugas secara sambil lewa.

Peminat tidak berpuas hati dengan pakaian dan kasut yang dikenakan oleh Jin dan Jimin dalam gambar berkenaan yang diangap serba tidak kena.

Jin dilihat tenggelam dalam pakaian yang besar dan longgar, sementara saiz kasut yang dipakai Jimin pula sangat besar.

Peminat mendakwa, mereka masih ingat dalam satu temu bual sebelum ini bahawa Jin pernah berkata, dia suka memakai pakaian yang mengikut saiz badannya.

Tidak berpuas hati dengan gaya buruk yang dipakai oleh penyanyi kesukaan mereka, peminat kemudiannya menyerang Instagram jurugaya yang bertanggungjawab menggayakan pakaian BTS.

“Sudah tiba masanya Big Hit mencari jurugaya yang baharu,” tulis seorang peminat seperti dilapor Kstarlive.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI