fbpx

Ungku Aziz meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz.

PETALING JAYA – Profesor Diraja, Ungku Abdul Aziz meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur hari ini.

Ungku A. Aziz dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 petang akibat sakit tua pada usia 98 tahun.

Kematian Ungku Aziz dimaklumkan oleh isteri Allahyarham, Rahaiah Baheran.

Menurut sumber, beliau mengalami sakit tua dan sudah dimasukkan hospital dua bulan lalu.

“Ungku sudah dua bulan dimasukkan hospital kerana sakit tua, cuma sudah seminggu dia berada dalam keadaan kritikal.

“Petang ini, beliau disahkan meninggal dunia setelah berperang untuk kembali sihat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI