fbpx

1,772 kes positif, tiga maut Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini melaporkan sebanyak 1,772 kes dengan kes tertinggi dicatatkan di Kuala Lumpur sebanyak 696 kes diikuti Selangor (503) dan Sabah (260) menjadikan jumlah kes positif sebanyak 86,618 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,760 kes adalah penularan tempatan manakala 12 adalah kes import.

“Terdapat dua kluster yang ditamatkan iaitu Kluster Istimewa dan Kluster Sepanggar di Sabah.

“Ini menjadikan kluster yang telah tamat sebanyak 229 manakala kluster aktif yang dipantau sebanyak 189,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan yang kesemuanya membabitkan warganegara di Sabah menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 422.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 1,084 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 71,681 setakat hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI