fbpx

MCMC gesa Seniman kemuka aduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggesa Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tampil mengemukakan aduan kepada pihak suruhanjaya susulan laporan polis yang dibuat terhadap siaran filem kontroversi arahan Wee Meng Chee atau Namewee berjudul ‘Babi’, kelmarin.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, ini bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap kandungan yang diadukan berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Katanya, selain AKM, penelitian lanjut juga boleh dibuat oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang berkenaan mengikut peruntukan undang-undang lain yang terpakai berkaitan dengan kandungan atau penyiaran kandungan.

“Sekiranya hasil penelitian dan siasatan yang dijalankan mendapati terdapat unsur pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang sedia ada, maka tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh agensi yang berkenaan selaras kesalahan yang dilakukan mengikut undang-undang, ” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, SKMM berkata, pihaknya telah berhubung dengan YouTube berkaitan dengan trailer filem ‘Babi’ yang dimuat naik dalam saluran YouTube milik Namewee, pada 19 November lalu.

” Bagaimanapun MCMC masih menunggu maklum balas daripada pihak mereka yang berpangkalan di luar negara,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI