fbpx

Wolves jumpa pengganti Jimenez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIMENEZ (kanan) hadir memberikan semangat kepada rakan-rakan sepasukannya dalam sesi latihan Wolves menjelang aksi menentang Villa malam ini. – WOLVES

LONDON – Wolverhampton Wanderers sudah meletakkan sasaran untuk menandata­ngani khidmat pemain antarabangsa Brazil, Hulk bagi menggantikan penyerang utama, Raul Jimenez kerana masalah kecederaan.

Sebagai rekod, Jimenez dijangka berehat panjang dise­babkan mengalami retak pada bahagian tempurung kepala ketika berebut bola dengan pemain pertahanan Arsenal, David Luiz dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.

Susulan itu, Wolves yang dikendalikan oleh Nuno Espirito Santo mencari ‘pelan B’ dengan menyenaraikan Hulk sebagai pemain No. 1 perlu ditandatangani apabila jendela perpindahan antarabangsa kembali dibuka bulan depan.

Wolves boleh mendapatkan khidmat Hulk secara percuma memandangkan kontraknya bersama kelab gergasi China, Shanghai SIPG yang diwakili sejak 2016 telah berakhir tahun ini.

Malah, Hulk yang meneri­ma gaji sebanyak £385,000 (RM2.76 juta) seminggu bersama Shanghai SIPG sangup mengurangkan 90 p­eratus gajinya dengan menerima ta­waran serendah £48,000 (RM258,000) seminggu.

“Saya sudah menerima banyak tawaran daripada Brazil dan beberapa pasukan di Eropah. Namun, saya perlu meneliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya dalam karier saya,” kata Hulk yang kini berusia 34 tahun.

Wolves ketika ini menduduki tangga ke-10 dan dijadualkan menghadapi perlawanan ke-12 EPL dengan menentang Aston Villa di Stadium Molineux malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI