fbpx

Penunggang motosikal maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang terbabit kemalangan di Jalan Batu Hampar-Pulau Mampat, dekat sini, awal pagi tadi.

REMBAU – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Batu Hampar-Pulau Mampat, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah malam tadi, mangsa, Muhamad Alif Fakrullah Muhd Fadzil, 21, disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam, siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari Seberang Batu Hampar menghala ke Pulau Mampat.

“Sebaik sampai tempat kejadian dipercayai mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha telah hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri.

“Akibat kemalangan berkenaan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian susulan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi, dekat sini, tadi.

Anuar berkata, mayat mangsa di bawa ke Hospital Rembau dan bedah siasat dijalankan pagi tadi.

“Siasatan lanjut masih diteruskan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI