fbpx

Lelaki serang polis guna tukul besi, pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pisau dan tukul besi yang dirampas polis.

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas menyerang dua anggota polis menggunakan tukul besi dan pisau dalam satu kejadian di sebuah rumah di Damansara Damai di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, suspek berusia 48 tahun turut membaling pinggan kaca hingga menyebabkan seorang anggota berpangkat koperal mengalami kecederaan pada bahagian siku.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, dua koperal tersebut ke lokasi kejadian selepas menerima aduan ada individu mengamuk.

Katanya, sebaik tiba pihak polis memanggil pemilik rumah berkenaan sebelum tiba-tiba suspek membaling pinggan kaca sebelum membawa pisau dan tukul besi untuk menyerang.

“Suspek juga mengeluarkan kata-kata kesat serta menghina penugasan yang dilakukan pihak polis.

“Susulan itu, kita membuat tangkapan terhadap suspek dan semakan mendapati ada lima rekod jenayah lampau atas namanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut dirampas dalam serbuan itu, tukul besi dan pisau yang digunakan suspek.

Menurutnya lagi, suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

“Selain itu, dua anggota polis yang mengalami kecederaan ringan serta lebam pada anggota badan turut menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI