fbpx

Elak kanak-kanak jadi ‘pemangsa’ seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KEJADIAN serangan seksual biasanya melibatkan golongan dewasa, namun sejak kebelaka­ngan ini, remaja dan kanak-kanak turut menjadi mangsa manusia tidak bertanggungjawab.

Lebih membimbangkan, pemangsa seksual bukan sahaja terdiri daripada golongan dewasa, malah kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah turut terlibat.

Terdapat pendedahan beberapa pihak di laman sosial bahawa kanak-kanak seawal usia lima tahun dikesan sudah pandai meniru aksi tidak senonoh itu dan melakukannya ke atas rakan seusia mereka.

Dalam situasi begini, kita tidak boleh menjatuhkan hukuman bulat-bulat ke atas mereka seperti mana yang dilakukan terhadap pesalah dewasa.

Ini kerana, golongan berke­naan masih naif dan tidak me­ngetahui perkara dilakukan itu sebenarnya satu kesalahan.

Semua tahu, kanak-kanak adalah ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan kemahiran serta ilmu pengetahuan selain melengkapkan diri mereka dengan ilmu pendidikan seksual.

Walaupun ia dianggap tabu dalam masyarakat kita, namun kaedah itu dilihat sebagai satu perkara penting dalam mena­ngani kudis sosial yang dikhuatiri akan menjadi wabak hingga sukar dibendung.

Statistik menunjukkan, seba­nyak 1,721 kes serangan seksual terhadap kanak-kanak berlaku dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dan angka itu jauh lebih tinggi berbanding jumlah kes sepanjang 2017 iaitu 1,397.

Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Norharlina Bahar berkata, ibu bapa perlu memberikan pendidikan seksual kepada anak-anak seawal mungkin dan dilakukan dengan kerap serta mengikut kesesuaian umur mereka.

“Ia tidak perlu dilakukan secara formal dan boleh dimulakan dengan perkara mudah seperti mengingatkan supaya sentiasa berpakaian senonoh apabila di khalayak ramai, menghormati privasi serta kesopanan mereka selain menerangkan perbezaan dan persamaan antara lelaki dan perempuan.

“Masa yang paling baik untuk memulakan perbualan mengenai seksual adalah apabila anak-anak bertanya dan jangan sekali-kali mentertawakan mereka atau mengelak daripada menjawab­nya,” katanya.

Tambah Norharlina, ibu bapa perlu menggalakkan rasa ingin tahu anak-anak dengan memulakan perbualan mengenai pendi­dikan seksual walaupun mereka tidak bertanya.

“Ibu bapa perlu berasa selesa serta tidak malu untuk mene­rangkan mengenai pendidikan seksual.

“Ini adalah tanggungjawab ibu bapa untuk melindungi anak-anak daripada menjadi mangsa selain memastikan anak lelaki mereka bertanggungjawab untuk menghormati wanita,” tegasnya.

Katanya, sekiranya pendidikan seksual tidak diberikan de­ngan betul mengikut kesesuaian umur, kanak-kanak akan lebih mudah terdedah dengan tingkah laku serta eksploitasi seksual.

“Kanak-kanak sekarang lebih mudah mendapatkan maklumat dan terdedah kepada informasi yang tidak tepat.

“Jika ibu bapa tidak menyam­paikan maklumat ini, kanak-kanak akan mencari informasi daripada sumber lain yang
tidak bersesuaian dengan usia mereka.

“Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik supaya mereka mampu menjaga kesihatan seksual dan kehormatan, membina hubungan sosial dan seksual yang sihat serta melin­dungi hak mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI