fbpx

K2

Bahana video lucah, suami kemaruk hubungan luar tabii

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRAUMA dengan apa yang dialaminya, Erna nekad berjumpa pakar dan menuntut fasakh. – gambar hiasan

IKATAN perkahwinan antara Erna dan suaminya, Hassan (bukan nama sebenar) kelihatan cukup bahagia seperti pasangan-pasangan suami isteri yang lain.

Pasangan yang masing-masing berusia lewat 30-an itu telah melayari bahtera rumah tangga selama hampir sedekad dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Bagaimanapun, kebahagian yang dilihat oleh orang di sekeliling terhadap rumah tangga Erna dan suaminya adalah retorik semata-mata.

Sepanjang perkahwinan itu, Erna sering memendam rasa kurang senang dengan sikap suaminya yang gemar menonton video lucah menerusi telefon pintar.

“Ada beberapa kali saya ternampak dia menonton video lucah menerusi telefon bimbit. Pada peringkat awal, saya tidak ambil peduli pun dengan perbuatan tersebut.

“Ketika itu, saya beranggapan dia (suami) menonton video lucah hanya untuk suka-suka bagi mengisi masa terluang di rumah,” katanya kepada K2 baru-baru ini.

Bagaimanapun, lama-kelamaan Erna mula merasakan perubahan terhadap diri Hassan terutamanya ketika mereka melakukan hubungan suami isteri.

Menurut Erna, suaminya sering memintanya melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dek terpengaruh dengan video-video lucah yang ditontonnya.

Cerita Erna, hubungan luar tabii tanpa kerelaannya itu mendatangkan kecederaan kepada saluran najisnya.

“Hassan juga bertindak mengikat kedua-dua tangannya dengan tali di atas katil serta menutup matanya menggunakan kain sebelum memasukkan objek-objek tumpul.

“Saya diperlakukan seperti patung tidak ada perasaan. Tindakan itu mendatangkan kesakitan melampau pada bahagian alat sulit saya,” ujarnya.

Ada ketikanya Hassan bertindak memukul Erna dengan menggunakan tangan atau tali pinggang ketika mereka bersama. Perlakuan tersebut telah menyebabkan tubuh badan Erna cedera dan lebam-lebam.

Tindakan terkutuk Hassan itu berlarutan selama hampir setahun. Erna dengan penuh sabar melayan perkara-perkara pelik yang diminta oleh suaminya bagi mempertahankan rumah tangga mereka.

 

KEHIDUPAN Erna seperti dalam neraka kerana dipaksa oleh suaminya melakukan hubungan badan secara ganas. – gambar hiasan

 

Pada satu hari, Erna berasakan kesakitan yang amat sangat pada bahagian atas rahimnya sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan bahawa rahim saya ada luka besar dan sebab itulah saya berasa sangat sakit.

“Saya mengesyaki kecederaan itu mungkin berlaku disebabkan perlakuan Hassan memasukkan objek asing ketika bersama,” ujarnya.

Sekembali ke rumah, Erna segera memberitahu Hassan mengenai kesihatannya dan meminta suaminya supaya menghentikan tindakan ganas itu kerana boleh mengundang bahaya.

Bagaimanapun Hassan tidak mempedulikan teguran dan amaran yang dilontarkan oleh Erna.
Sebaliknya, Hassan tetap melakukan perkara sama sehingga menyebabkan luka dalam rahim Erna
bertambah teruk.

Akibat sudah tidak tahan dengan perlakuan kejam suaminya itu, Erna akhirnya mengalah dan memilih untuk mengadu nasibnya kepada ahli keluarga terdekat.

Hasil aduan berkenaan, ahli keluarganya telah meminta Erna supaya tidak tinggal sebumbung dengan Hassan bagi mengelakkan keadaan bertambah parah.

“Saya sudah tidak sanggup tinggal dengan Hassan lagi. Kalau kami terus bersama, saya akan berpanjangan terseksa dan menderita dari segi mental dan batin.

“Paling parah, saya mungkin akan mandul seumur hidup disebabkan perbuatan ganas Hassan apabila kami bersama. Saya tidak mahu itu berlaku,” tegasnya.

Selepas sebulan, Erna memanjangkan isu berkenaan kepada pihak mahkamah syariah sebelum menasihatnya supaya segera memohon fasakh daripada suaminya.

Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim).

Dalam perbicaraan di mahkamah syariah, hakim memilih menerima permohonan fasakh daripada Erna atas alasan perbuatan Hassan yang boleh menjadikan kehidupan isteri menderita.

Hakim turut menasihati Hassan supaya menghentikan tindakan terkutuknya itu kerana bukan sahaja salah di sisi agama malah undang-undang negara.

Lelaki itu juga boleh dituduh di bawah Seksyen Seksyen 377(CA) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Selepas terlerainya ikatan, Erna berasa lebih tenang kerana telah berjaya membebaskan diri daripada kehidupan seorang lelaki pengamal seks ganas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI