fbpx

Gadis keluar beli burger trauma diraba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang pelajar perempuan tingkatan dua trauma selepas diraba seorang lelaki ketika menunggang motosikal di tepi lorong Taman Sungai Dua Utama, Butterworth di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berlaku ketika mangsa yang menunggang bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar membeli burger di kawasan berdekatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa berusia 14 tahun itu mendakwa diekori oleh suspek bermotosikal dari Taman Desa Murni tempat dia membeli burger.

“Mangsa yang menyedari diekori telah memberhentikan motosikal di tepi jalan bagi membiarkan suspek beredar.

“Namun, selepas meneruskan perjalanan dan ketika tiba di lokasi kejadian, suspek telah datang dari arah belakang terus meraba dadanya sebelum melarikan diri apabila mangsa menjerit,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, gadis itu yang sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal suspek dan mengecam wajahnya kerana tidak memakai topi keledar telah memaklumkan kejadian itu kepada bapanya.

“Bapa mangsa bergegas keluar bagi mencari suspek dan menemuinya berdekatan sebuah kedai tayar di lorong lain taman perumahan sama.

“Polis kemudiannya menahan suspek yang berusia 40 tahun dan sudah berkahwin itu bersama sebuah motosikal,” katanya lagi.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek yang bekerja di sebuah pusat cuci kereta itu negatif ujian air kencing dan mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Menurut Noorzainy, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI