fbpx

MB Perak bentuk kerajaan dengan lima Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani pada sidang akhbar selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di Kuala Kangsar hari ini. FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

KUALA KANGSAR – Menteri Besar Perak yang baharu, Datuk Saarani Mohamad akan menubuhkan kerajaan negeri dengan melantik lima ahli mesyuarat kerajaan negeri atau Exco.

Menurutnya, perkara itu selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bahawa kerajaan perlu ditubuhkan sekurang-kurangnya seorang Menteri Besar dan empat Exco.

Beliau berkata, ia merupakan langkah awal penubuhan kerajaan negeri berikutan kesuntukan masa bagi tujuan membentangkan Belanjawan negeri 2021 pada Rabu depan.

“Saya telah menyembah maklum kepada Sultan Perak untuk mencadangkan lima nama Exco untuk diperkenankan oleh baginda.

“Saya juga memohon supaya lima nama itu dapat segera diadakan majlis angkat sumpah untuk membolehkan saya memanggil mesyuarat Exco yang pertama, seterusnya meneliti dan meluluskan buku bajet yang akan dibentangkan pada Rabu depan.

“Baginda telah menerima perkenan dan menitahkan agar istiadat pelantikan dan angkat sumpah Exco diadakan pada pukul 2.30 petang ini,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan diadakan selepas Saarani mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI