fbpx

Indonesia dibimbangi terhutang budi dengan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR bertarikh 6 Disember lalu menunjukkan pekerja-pekerja menurunkan kontena berisi 1.2 juta dos vaksin Covid-19 buatan Sinovac di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta di Tangerang. - AFP

JAKARTA – Indonesia menaruh keyakinan bahawa vaksin koronavirus buatan China dapat membantunya menangani wabak yang merupakan antara terburuk di Asia itu tetapi penganalisis-penganalisis memberi amaran bantuan tersebut boleh mengakibatkan Jakarta terpaksa menanggung hutang diplomatik.

Beijing sebelum ini menjanjikan keutamaan akses vaksin keluarannya kepada negara-negara miskin dalam usaha memulihkan imej yang tercemar akibat pandemik Covid-19. Pandemik itu bermula di bandar Wuhan dalam wilayah Hubei di tengah China.

Pada minggu ini, Indonesia menerima 1.2 juta dos vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh farmaseutikal China, Sinovac manakala 1.8 juta dos lagi dijadualkan tiba bulan depan, namun, pakar-pakar berkata, akses tersebut bukan tanpa syarat.

“Diplomasi vaksin China bukanya percuma.

“Beijing mungkin menggunakan derma vaksinnya untuk mengetengahkan agenda serantau terutamanya berkaitan isu sensitif seperti tuntutan di Laut China Selatan,” kata Ardhitya Eduard Yeremia dan Klaus Heinrich Raditio dalam kertas kerja yang disiarkan bulan ini oleh Institut Yusof Ishak yang berpusat di Singapura.

Indonesia memulakan ujian manusia vaksin Sinovac pada musim panas tahun ini manakala vaksin itu masih belum menerima kelulusan sama ada oleh pihak berkuasa China atau Indonesia.

Jakarta telah menandatangani untuk mendapatkan lebih 350 juta dos vaksin daripada pembekal berbeza termasuk AstraZeneca tetapi majoriti vaksin negara itu datang daripada pembekal China termasuk Sinovac dan Sinopharm, demikian menurut projek pemantauan vaksin Universiti Duke.

“Kerjasama vaksin dengan China adalah profil paling tinggi,” kata Evan Laksamana selaku penyelidik kanan di Pusat Strategik dan Kajian Antarabangsa berpusat di Jakarta.

Indonesia yang merupakan negara keempat berpenduduk paling ramai dengan populasi 270 juta orang, merekodkan lebih 500,000 kes koronavirus dan sekitar 18,000 kematian, namun kadar ujian saringan rendah bermakna angka rasmi itu jauh lebih rendah berbanding jumlah jangkitan sebenar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI