fbpx

Suspek pecah kedai akibatkan kerugian RM72,000 dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Topi keledar yang ditemui semula selepas polis menahan kesemua suspek.

PETALING JAYA – Seramai empat individu ditahan bagi membantu siasatan susulan satu kejadian pecah kedai di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada 7 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik kedai menjual aksesori motosikal itu selepas mendapati kedainya dipecah masuk kira-kira pukul 12.30 hari melibatkan kerugian mencecah RM72,000.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam hari yang sama, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki tempatan di sekitar Bandar Sri Permaisuri.

“Menerusi siri tangkapan yang dilakukan, pihak polis turut berjaya merampas lima buah topi keledar jenama Arai Ikan Koi, Arai Samurai Full Face serta Shoei Pill Bear Full Face,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamed Mokhsein, pada 8 Disember kira-kira pukul 12.10 malam, seorang lagi suspek telah berjaya ditahan di Puchong, Selangor dan pihak polis berjaya merampas sebuah buah topi keledar jenama Shoei Full Face serta sehelai ‘racing suit’ jenama Alpinestars.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia 18 hingga 25 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau malah ujian saringan air kencing turut didapati negatif.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan suspek kini ditahan di Lokap Balai Polis Salak Selatan, Cheras, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut,” ujar beliau.

Tambahnya, salah seorang daripada suspek telah diberikan jamin polis manakala tiga lagi suspek kini direman empat hari sehingga 11 Disember bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat berkaitan jenayah boleh menyalurkannya dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana–mana balai polis berdekatan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI