fbpx

Sotheby’s jangka kasut sneaker dapat dijual lebih RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan kasut sneaker Adidas-Meisse yang dinamakan Porselin ZX8000. - AFP

NEW YORK – Sepasang kasut sneaker unik direka bentuk oleh Adidas dan pembuat porselin Jerman, Meissen yang berkemungkinan menjadi kasut pertama mencatat harga jualan AS$1 juta (RM4.07 juta), kini dielong oleh firma Sotheby’s.

Kasut kulit itu direka berdasarkan model popular Adidas ZX8000 dan diwarnakan oleh pekerja kraf Meissen. Ia dijangka mencatat rekod baharu dunia bagi kategori kasut latihan.

Rekod dunia kasut sneaker dipecahkan beberapa kali tahun ini dengan paling baharu oleh kasut Nike Air Jorcan 1s, yang dijual oleh firma lelongan Christie’s pada harga AS$615,000 (RM2.05 juta) , Ogos lalu.

Sotheby’s menetapkan harga anggaran sebelum jualan sebanyak AS$1 juta untuk kasut Adidas-Meissen tersebut, yang mana pembeliannya bukan untuk dipakai tetapi untuk dijadikan sebagai koleksi.

Anggaran minimum pula ditetapkan pada AS$1 (RM4.07) dalam percubaan untuk menggalakkan bidaan.

“Terdapat perubahan dalam pasaran yang mana pengumpul menganggap kasut sneaker ini sebagai hasil seni,” kata pengarah pembangunan e-dagang Sotheby’s, Brahm Wachter.

Lelongan itu dilakukan secara online sehingga 16 Disember ini. Hasil jualan akan diserahkan kepada Muzium Brooklyn di New York bagi tujuan program pembangunan belianya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI