fbpx

Kerajaan Negeri Sarawak, Petronas meterai perjanjian penyelesaian komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perjanjian penyelesaian komersial antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Petronas memuktamadkan perbezaan antara kedua-dua pihak berhubung pengenaan cukai jualan negeri terhadap produk petroleum serta isu berkaitan minyak dan gas.

Satu kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Setiausaha Negeri Sarawak, Datuk Jaul Samion serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz semalam berkata, perjanjian itu antara lain memberi Sarawak bahagian lebih besar daripada minyak dan gas yang dijumpai serta dihasilkan di negeri berkenaan.

Jelasnya, ia turut memperuntukkan penglibatan yang lebih aktif oleh kerajaan negeri dalam industri minyak dan gas melalui pengurusan sumber minyak dan gas di darat oleh syarikat kerajaan negeri, Petroleum Sarawak Bhd. (Petros) serta pelaburan Petros dalam usaha huluan di kawasan luar pesisir.

“Perjanjian ini menyediakan rangka kerja rundingan bagi kedua-dua pihak dapat bersama berbincang perkara yang pen­ting buat industri minyak dan gas, termasuk yang mempe­ngaruhi kepentingan negeri,” katanya.

Majlis menandatangani perjanjian itu turut disaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pada Mei lalu, kerajaan Sarawak, kerajaan Persekutuan dan Petronas telah bersetuju untuk menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan cukai jualan negeri berhubung produk petroleum tanpa melibatkan tindakan undang-undang.

Tindakan undang-undang yang dilakukan oleh kedua-dua pihak telah digugurkan pada Ogos, selepas kata sepakat dicapai untuk menyelesaikan perkara itu di meja rundingan di bawah Kerajaan Perikatan Nasional.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI